Sejarah Awal Penubuhan MO5C

Malaysia Omoda 5 Community atau nama singkatannya MO5C mula melakar nama dalam sejarah pada tahun 2024. Komuniti ini ditubuhkan secara sukarela tanpa kepentingan kepada mana-mana pihak atau individu.

Idea asal penubuhan Komuniti Pemilik Chery Omoda 5 bermula dengan hanya satu soalan di posting FB.

“Taknak ke buat satu group? Senang kalau nak tanya apa-apa”

Cetusan soalan dari Tuah menerima respon yang sangat positif di kalangan pemilik dan pengguna Chery Omoda 5. Penubuhan Chery Omoda 5 Community (Mo5C) bertujuan membentuk satu komuniti dan medium yang dapat membantu pemilik dan pengguna untuk bertanya dan memberi pendapat antara sesama ahli. Penubuhan MO5C dipersetujui ramai owner yang memang memerlukan komuniti seperti MO5C memandangkan Chery Omoda 5 adalah jenama dan model baru yang bertapak di Malaysia. Rentetan dari itu, maka tertubuhlah komuniti ini seperti yang anda semua lihat pada masa ini.

Bermula dari 5 respon pertama, beberapa pemilik dan pengguna aktif memberi cadangan di dalam group whatsapp kecil yang ditubuhkan. Sehinggalah ahli di dalam group menjangkau 80 orang, keperluan untuk memiliki admin yang responsif dan dapat memberi jawapan tepat kepada setiap persoalan yang timbul mula menjadi satu kemestian. Dengan mengambil kira komitmen yang diberikan dan usaha yang ditunjukkan tanpa mengharap sebarang balasan, beberapa individu telah dilantik secara adhoc bagi menjayakan ‘1St meet-Up dan Jamuan Raya MO5C. Oleh kerana komuniti ini adalah komuniti baru, maka individu yang awal masuk ke dalam komuniti ini dilantik secara automatik untuk menjadi Admin dan bertindak menguruskan semua penugasan dan pengurusan acara yang membabitkan Malaysia Omoda 5 Community (MO5C)

Sama seperti mana-mana kelab kereta atau komuniti, identiti komuniti menjadi salah satu aspek penting yang perlu dibina bagi membolehkan MO5C kekal releven di kalangan pemilik dan pengguna Chery Omoda 5.

Dengan berlatarbelakangkan grafik rekabentuk Chery omoda 5, maka terhasillah logo MO5C seperti yang anda lihat sekarang. Tshirt Rasmi MO5C dan Sticker rasmi Kereta juga direka bagi membolehkan pengecaman ahli dan tampil lebih professional bila menghadiri event dan mana-mana acara rasmi.

Kurang dari sebulan selepas cetusan idea, 1ST Meet-Up menjadi batu loncatan dan menjadi tanda tertubuhnya Malaysia Omoda 5 Community secara rasmi.

Kini, MO5C telah mula diterima banyak pihak dengan kewujudan MO5C di semua platform media sosial yang memudahkan untuk komuniti ini terus berkembang.

Buktinya, MO5C telah ditaja oleh beberapa pihak dan berkolaborasi untuk menjayakan event dan juga mula mendapat perhatian dari pihak Chery Malaysia.
Selari dengan Slogan Rasmi MO5C, “Move. Own. Stand Out. Conquer”, MO5C kini melebarkan sayap sebagai salah satu kelab pemilik kereta paling aktif selari dengan kelab permotoran yang terdahulu.

Team Pengurusan MO5C

Barisan Hadapan Pengurusan Malaysia Omoda 5 Community. "Move.Own. Stand Out. Conquer."

Tuah

MO5C Community Leader

Yatimi

MO5C Coordinator

Hidayah

MO5C Secretary

Siti

MO5C Treasury

Admin Aziah 480X600

Aziah

MO5C Membership

Yaya

MO5C Media

Poqku

MO5C Public Relation

Bro Han

MO5C Lead Marshall | Spokesperson